Blog Berita Online

Berita Utama

SPRM tahan pegawai Mat Sabu berkait projek lebih RM56 juta

Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes menerima suapan bagi projek selenggaraan sistem keselamatan negara yang dianggarkan bernilai lebih RM56 juta.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap lelaki itu bermula hari ini sehingga 13 Julai ini, selepas mendengar permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Bekas setiausaha politik berusia 49 tahun tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 8 malam tadi selepas hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek dikatakan telah menerima wang rasuah bernilai jutaan ringgit daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan projek sistem tersebut secara rundingan terus dengan sebuah kementerian pada sekitar Ogos 2019.

Katanya lagi, SPRM turut menyita pelbagai mata wang tunai yang dianggarkan bernilai lebih RM70,000 serta dokumen berkaitan projek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!