Blog Berita Online

Viral

Mahu jimatkan kos pembinaan, rekaan stesen MRT Jinjang terima pelbagai respon netizen

Kehadiran MRT sememangnya memudahkan orang ramai dalam pergerakan seharian khususnya buat warga Lembah Klang Dan Selangor.

Akses ke pelbagai tempat dengan harga berpatutan membuatkan MRT menjadi pilihan berbanding pengangkutan awam yang lain.

Terbaharu, MRT Corp telah berkongsi rekaan stesen MRT Jinjang yang sedia beroperasi seawal pertengahan Julai ni.

Meskipun, perkongsian yang dibuat merupakan berita baik khususnya buat mereka yang berada di sekitar Jinjang, perhatian netizen nampaknya lebih tertumpu dengan rekaan stesen MRT ini.

Menurut netizen, rekaan yang difahamkan dihasilkan untuk menjimatkan kos pembangunan ini terlihat begitu oldskool.

Tidak kurang netizen yang melabelkan rekaan yang dihasilkan seakan rekaan zaman 80-an serta kandang kambing.

Di sebalik pelbagai kecaman, ada juga netizen yang mempertahankan rekaan tersebut yang dikatakan berkonsepkan rekaan serambi rumah Melayu yang turut memenangi anugerah di Anugerah Hartanah Asia Pasifik 2019.

Leave a Reply