Blog Berita Online

Viral

Suami habis kuarantin dapat khabar gembira, isteri hamil lepas 3 tahun menanti

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya menginginkan cahaya mata bagi melengkapi kehidupan berkeluarga walaupun ada sesetengahnya lewat bergelar ibu bapa berbanding orang lain.

Bagi pasangan ini, mereka mendapat khabar gembira apabila isteri disahkan hamil selepas hampir 3 tahun menanti.

Lebih menggembirakan, khabar tersebut hadir seusai mereka disahkan negatif Covid-19 dan selesai menjalani kuarantin.

Dalam perkongsian yang dibuat satu akaun Instagram yang menggunakan nama massiew, dia telah menunjukkan keputusan alat prengancy test kepada suami apabila sejak kebelakangan ini haidnya agak lewat.

Melalui video tersebut, wanita itu memaklumkan membuat ujian kehamilan sebelum menunaikan solat secara berjemaah.

Selesai solat, dia telah mengambil alat terbabit dan mendapati terdapat dua garis merah dan terus menangis memberitahu suaminya.

Perasaan gembira tidak dapat disorok lagi apabila masing-asing berpelukkan kerana tidak menyangka akan dikurniakan zuriat selepas diduga positif Covid-19 sebelum ini.

Perkongsian tersebut turut membuatkan netizen berasa sebak kerana memahami perasaan setiap pasangan yang sudah lama berkahwin dan tidak mempunyai rezeki menimang cahaya mata lagi.

Rata-rata daripada mereka mengucapkan tahniah di atas kehamilan tersebut dan mendoakan urusannya dipermudahkan sehingga waktu bersalin kelak.

Leave a Reply