Viral

21 tahun hidup bersama, suami isteri meninggal dunia selang 72 jam

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan jodoh mereka berkekalan di dunia sehingga ke syurga. Impian tersebut perlu disertai dengan tanggungjawab antara suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga mengikut panduan Islam yang sebenar.

Perkongsian oleh Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia menerusi Facebook ketika menguruskan jenazah pasangan suami isteri yang dijemput ilahi selang 72 jam ternyata menjentik hati ramai.

Kedua-duanya yag dikebumikan bersebelahan telah menjalani hidup bersama selama 21 tahun sebelum ajal memisahkan mereka di dunia ini.

Menurutnya, tanda orang beriman jelas kelihatan ketika jenazah si suami hendak dikafankan, sekaligus membuktikan kebesaran Allah dan memberi peringatan kepada semua yang masih hidup.

Allah memuliakan jenazah dari dunia lagi

21 tahun hidup bersama, suami isteri dijemput Ilahi selang 72 jam, Allah S.W.T memuliakan jenazah ini dari dunia lagi.

24 Februari 2021 – Bilik Gerakan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) menerima panggilan untuk membantu menguruskan satu jenazah lelaki berumur 65 tahun warga Indonesia.

Oleh kerana arwah pemegang kad permastautin tetap (MyPR), jadinya jenazah tidak boleh dituntut sehingga selesai urusan dokumentasi dengan pihak berwajib kemudian barulah segala urusan berkaitan pengebumian jenazah dapat dilakukan.

KASIH HINGGA HUJUNG NYAWA.

Kasih isteri terhadap suaminya dibawa sampai hujung nyawa apabila dia meninggal dunia 72 jam selepas suami yang dikasihi itu pergi buat selama lamanya akibat tekanan darah rendah.

Si suami meninggal dunia pada 22 Februari 2021 di sebuah hospital di Selangor. Manakala si isteri menghembuskan nafas terakhir 3 hari kemudian di kediamannya di Dengkil akibat kanser otak.

PENGURUSAN JENAZAH

Bagaikan telah berjanji dan begitu indahnya pengaturan dari Allah S.W.T. Dialah yang maha kuasa menyatukan pasangan ini dengan pernikahan dan Dia jualah yang mematikan pasangan ini dan Dia jugalah yang menentukan disemadikan bersebelahan .

Seperti tidak boleh berpisah pasangan ini umpama sedang menikmati perjalanan yang indah bersama. Hebatnya perancanganMu, Ya Allah.

Jenazah si isteri diuruskan di Dengkil dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Pekan Dengkil selepas Zohor semalam (25 Februari 2021) manakala suaminya pula dikebumikan bersebelahan isterinya sebelum maghrib hari yang sama.

Semasa proses kafan, sekali lagi perkara pelik berlaku..

TANDA PERGINYA ORANG BERIMAN.

Alhamdulillah,kami ditugaskan untuk menguruskan jenazah si suami di hospital. Saat melihat keadaan jenazah yang sudah berhari-hari disimpan dalam peti sejuk mayat itu kami terkejut kerana keadaan jenazah seperti baru meninggal dan dahinya masih berpeluh.

Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku, wajahnya sungguh tenang seperti sedang tidur. Kelu lidah kami sebentar melihat kebesaran yang Allah S.W.T tunjukkan.

Lalu jenazah pun dimandi dengan segera sepertimana biasa. Tetapi, semasa proses kafan. Masya Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku. Dahi jenazah ini mengeluarkan air dan kami lap air tersebut.

Semasa hendak dipakaikan wangian pada jenazah, sekali lagi kami melihat dahi jenazah berpeluh. Kami tutup muka arwah dan selesailah proses mandi dan kafan. Seterusnya kami menuju ke masjid berdekatan rumah arwah untuk solat jenazah. Selesai tugas kami di sini dan seterusnya van masjid pula akan bawa jenazah ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah S.W.T telah pun memuliakan jenazah ini di atas jasa-jasanya yang Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui.

Mengikut cerita dari anak saudara arwah, bapa saudaranya selalu bangun di tengah malam dan bersolat tahajjud. Ditambah pula amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh orang sekeliling semasa arwah masih hidup, yang mana hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui.

Wajah tenang seperti sedang tidur..

Sungguh istimewa jenazah ini.

Mayat kebiasannya akan mengeras dan membeku. Tetapi jenazah ini empat hari di dalam peti sejuk mayat. Melihat dari keadaan dagingnya masih merah dan masih berpeluh. Wajahnya tenang seperti sedang tidur.

MasyaAllah, kembalilah jiwa itu dengan redha lagi diredhai dengan wajah yang senyum dan tenang.

Rasulullah SAW bersabda:

“Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara:”

i. Bila dahinya berkeringat.

ii. Air matanya berlinang.

iii. Hidungnya keluar hingus.

Maka hal tersebut penanda rahmat Allah S.W.T untuk si mayat.

Rasulullah S.A.W bersabda :

‎إِذَا أَرَادَ اللهُ بِعَبْدِهِ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ، قاَلُوُا: كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ؟ قَالَ: يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ. رَواه الإمام أحمـد والترمذي وصحح الحاكم في المستدرك.

”Apabila Allah menghendaki kebaikan pada hambanya, maka Allah memanfaatkannya”. Para sahabat bertanya,”Bagaimana Allah akan memanfaatkannya?” Rasulullah menjawab,”Allah akan memberinya taufiq untuk beramal soleh sebelum dia meninggal.” [HR Imam Ahmad, Tirmidzi]

Jom sama sama kita aminkan doa ini.

”Kami bersyukur ya Allah kerana dipilih olehmu untuk diberikan petunjuk dan hidayah. Terimalah amal kebajikan kami dan ampunkan dosa dosa kami Ya Allah. Semoga dengan petunjukmu dapat jadikan kami yang hina ini insan yang berguna dan dirahmati olehMu dan tempatkanlah pasangan suami isteri ini di dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh”. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Alhamdulillah, Syabas Skuad!

SPJM KE ARAH PENGURUSAN JENAZAH PATUH SYARIAH PROFFESIONAL ANTARABANGSA

Saiful Nizam

SKUAD TINDAKAN KHAS KHAS SPJM

Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!