Siapa je yang tidak suka pergi ke kedai barangan murah popular, ECO Shop bukan?
Bukan saja murah, malah boleh dikatakan semua jenis barang ada dijual di pasar raya itu. Sebut saja nak beli apa, pastinya barang itu ada di ECO Shop.
Antara golongan yang sering menerjah ke ECO Shop ini adalah kaum perempuan baik suri rumah atau pun mereka yang sudah bekerja.
Tidak terkecuali dengan seorang wanita ini apabila videonya viral di aplikasi TikTok selepas si suami berkongsi hobinya yang suka pergi ke ECO Shop tiga hari berturut-turut.
Menerusi video yang dikongsi oleh Fadhzil Abidin, dia meluahkan rasa pelik apabila isterinya mengajak untuk pergi ke ECO Shop setiap hari.
Apa yang menghiburkan adalah apabila Fadhzil mula membebel semasa isterinya sedang mencari barangan di dalam pasar raya tersebut.
“Saya memang tak faham betul perempuan ni eh, orang rumah saya ni tak tahulah dah kena sampuk ke apa dengan ECO Shop ni. Setiap hari nak datang ECO Shop, kepala otak dia”
“Tak sampai 10 saat dah ada barang dalam troli, dahsyat. Lepas tu kita yang lelaki ni tak beli apa-apa ni nak buat apa? Haa nampak, tak dapat anugerah suami mithali jugak tak tahulah,” katanya.
Tidak lama kemudian, kelihatan isterinya cuba melarikan diri apabila terkantoi sedang sibuk memilih cermin mata hitam.
“Mungkin dia CEO ECO Shop kot. Ya Allah Ya Tuhanku. Yang, mengucap yang,” katanya lagi.
Gelagat suami isteri itu tular sehingga meraih 146K tontonan, 14.6K tanda suka serta 480 perkongsian di TikTok.
Sementara itu, rata-rata netizen turut terhibur selepas melihat video berkenaan dan berkata lelaki itu bernasib baik kerana isterinya hanya mengajak pergi ke ECO Shop, bukan shopping mall mahal seperti Pavilion.
Leave a Reply