Berita Utama

‘Sultan Melaka’ meninggal dunia akibat Covid-19

Tuanku Raja Noor Jan Shah yang pernah mendakwa sebagai Sultan Melaka meninggal dunia hari ini akibat Covid-19.

Berita sedih itu dimuatnaik dalam laman akaun Facebook Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah di laman sosial sebentar tadi.

“Assalamualaikum. Dukacitanya dimaklumkan bahawa Tuanku Raja NoorJan Shah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

“Salam takziah buat Tuanku Zaidatul Mardiah Yussuf (isteri) serta seluruh ahli keluarga dan kerabat,” katanya.

Noor Jan Shah, 64, sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa merupakan Sultan Melaka.

Malah pada 2019, Allahyarham pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan menyamar sebagai Sultan Melaka.

Noor Jan didakwa melakukan kesalahan itu pada Majlis Istiadat di A’Famosa Resort Melaka, Alor Gajah, pada jam 10 malam, 28 Disember 2013.

Bagaimanapun, Allahyarham dibebaskan daripada pertuduhan tersebut berikutan kegagalan pihak pendakwaan menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh.-MT

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!