Blog Berita Online

Viral

Sunyi hidup sendiri, ‘Uncle’ senyum lebar dapat hadiah dari kanak-kanak Pasti

Tular di media sosial perkongsian guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) tentang seorang warga emas berketurunan Cina yang begitu mengambil berat akan hal murid-muridnya.

Menurut Wahayujuremi Wahayu, lelaki yang dipanggil ‘Uncle’ itu tinggal seorang diri berhampiran Pasti tersebut.

Katanya, walaupun berbeza agama, Uncle sangat sukakan pelajar-pelajar Pasti dan setiap kali perayaan Tahun Baru Cina, pihak Pasti akan memberikan hadiah kepda warga emas itu sebagai tanda terima kasih.

“Alhamdulillah dapat jiran non muslim yang baik. Uncle ni cakap, sunyi kami kalau budak-budak sudah cuti sekolah,” katanya.

Sementara itu, netizen memuji usaha pihak Pasti yang tampil menyantuni warga emas tanpa mengira bangsa dan agama sekaligus mendidik kanak-kanak agar sentiasa menghormati orang lain.

Ada juga netizen yang terharu melihat reaksi pada wajah ‘Uncle’ ketika menerima hadiah daripada kanak-kanak pasti.

Leave a Reply