Berita Utama

Syukur, abang arwah Siti Sarah, Ahmad Firdous sudah kembali sedar

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pelakon popular, Shuib, 38, bersyukur apabila abang iparnya, Ahmad Firdous Raissuddin sudah sedarkan diri selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, Selangor akibat Covid-19, semalam.

Shuib berkata, dia berterima kasih kepada setiap individu yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ahli keluarganya

“Allahuakbar! Allah Maha Besar! Syukur dah buka mata. Terima kasih kepada yang mendoakan. Kita sambung lagi doa untuk yang lain dan sedang bertarung nyawa. Kita nak semua orang kembali sihat. Balik jumpa keluarga. Amin, syukur Ya Allah,” katanya.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Shuib bersama bapa mentuanya, Raissuddin Hamzah membuat panggilan video bersama Firdous.

Lebih menggembirakan Firdous menunjukkan perubahan positif apabila mampu mengukir senyuman di sebalik ujian yang menimpanya.

Malam tadi, satu majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual diadakan selepas doktor memaklumkan paru-paru Firdous berada dalam kondisi sangat tidak baik.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!