Blog Berita Online

Berita Utama

Taliban dah berubah, jangan percaya pada media jahat

Presiden PAS Abdul Hadi Awang memuji Taliban yang mengambil alih Afghanistan susulan pengunduran tentera Amerika Syarikat.

Katanya, walaupun dulu kumpulan bersenjata itu “memaksa Mazhab Hanafi” – antaranya mewajibkan lelaki berjanggut dan tidak membenarkan wanita bersekolah – pendekatan mereka telah berubah.

Antaranya, kata Hadi, kakitangan kerajaan yang berkhidmat bawah pengaruh Amerika sebelum ini diberikan pengampunan beramai-ramai dan tindakan balas dendam dilarang.

“Perkara yang sangat menarik ialah mereka terus beristiqamah dan berjuang untuk menegakkan Islam,” tulisnya panjang lebar di media sosial.

Tulisan itu turut disiarkan media rasmi PAS, Harakahdaily.

Hadi juga menyalahkan media massa yang didakwanya menguar-uarkan aspek negatif dengan membesar-besarkan langkah Taliban pada awal kemunculan mereka.

“Umat Islam diharamkan daripada terpengaruh dengan media fasiq (media jahat),” katanya.

Leave a Reply