Blog Berita Online

Berita Utama

Terjatuh dari tingkat 15, arwah sempat ‘main’ salam-salam dengan ibu

Siapa sangka, perbuatan bersalam ibunya merupakan petanda perkara buruk berlaku kepada Allahyarham Muhammad Aryan Difa Danish Mohd Azizul.

Muhammad Aryan adalah mangsa yang maut selepas terjatuh dari rumahnya di tingkap 15, Flat Ladang Gemilang, Kuala Terengganu petang semalam.

Menurut laporan Harian Metro, ibunya Nurul Emilia Ali tidak menyangka perbuatan ‘suka-suka’ itu adalah salaman terakhir sebelum kanak-kanak berusia enam tahun itu pergi buat selamanya.

Bagaimanapun, wanita berusia 34 tahun itu reda selain menerima qada dan qadar yang telah ditetapkan Allah SWT mengenai pemergian anak ketiga daripada empat beradik itu.

Bercerita lanjut, disebabkan arwah sedang tidur bersendirian, Nurul Emilia ke kedai di kawasan sekitar flat itu untuk membeli makanan bersama anak bongsunya.

Nurul Emilia berkata, dua abang mangsa telah keluar bermain manakala suaminya Mohd Azizul Mohamad pula bekerja di Dungun.

Tambah Emilia, dia tidak menyangka arwah anaknya menanggalkan sekeping tingkap cermin nako di ruang tamu dan letak di atas sofa selepas terjaga.

“Saya tidak tahu apa tujuannya tetapi kemungkinan dia mahu menjenguk untuk melihat ke bawah. Saya berasa agak pelik kerana sebelum ini dia tidak pernah berbuat demikian,” katanya.

Leave a Reply