Berita Utama

Tiada bukti Raja Arab mahu derma – Hakim

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memutuskan tidak ada bukti Raja Arab mahu memberi bantuan kewangan kepada Najib atau Malaysia.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, hanya kemudian Jho Low memaklumkan bahawa Raja Abdullah mahu memberi derma.

“Ini tidak konsisten dengan apa yang diberitahu oleh Raja Abdullah kepada tertuduh ketika bertemu di Riyadh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan penghakiman keputusan kes Najib yang berdepan tuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Najib bersalah semua 7 pertuduhan

Najib Razak didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bekas perdana menteri itu kelihatan tenang semasa hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membacakan keputusan beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kata Mohd Nazlan, pihak pembelaan gagal mewujudkan keraguan yang munasabah ke atas kes yang dibawa pasukan pendakwaan.

Disebabkan itu, kata hakim, pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes ke atas Najib melebihi keraguan yang munasabah.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!