Blog Berita Online

Berita Utama

Tiga beradik rentung dalam kebakaran rumah

LAWAS: Tiga beradik rentung dalam kebakaran sebuah rumah yang dihuni sembilan sekeluarga di Kampung Seberang Kedai, di sini, malam tadi.

Dalam tragedi kira-kira jam 10.50 malam, kanak-kanak yang terkorban dikenal pasti sebagai Mohd Hesdi Huzaidi Azrie, 4; Mohd Hezmi Huzaili, 7; dan Mohd Hezry Huzaimi, 8.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada MERS999 berhubung insiden itu pada jam 11.02 malam.

Susulan itu, beliau berkata, tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di tempat kejadian yang terletak 17 kilometer dari balai, api didapati sedang marak menjilat sebuah rumah dua tingkat berstruktur separuh kekal.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.45 tengah malam, manakala rumah terbabit musnah sepenuhnya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, enam lagi penghuni rumah itu terselamat dalam kejadian berkenaan.

Mereka ialah bapa mangsa, Azrie Latip, 45, bersama isteri, Dayangku Hadianawati, 38; dan dua lagi anak mereka, Ariesya Aryana, 14, serta Muhd Hezrie, 12.

Yang turut terselamat ialah datuk mangsa, Awangku Jeman Pangiran Abdul Hamid, 72, dan nenek, Aminah Matusop, 73.

“Mayat tiga beradik itu sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Punca kejadian sedang disiasat,” katanya.

Leave a Reply