Blog Berita Online

Hiburan

Tular foto sarung cincin, Caprice kahwin senyap-senyap?

TIADA angin tiada ribut tiba-tiba sahaja penyanyi rap Caprice selamat mendirikan rumah tangga pada Isnin.

Bagaimanapun identiti wanita bertuah itu masih menjadi tanda tanya.

Menerusi sekeping foto yang dikongsikan di Instastory seorang individu bernama Yasser Khan, Caprice atau Ariz Ramli, 33, serta pasangannya segak dan menawan mengenakan persalinan berwarna putih.

Perkongsian berkenaan turut dikongsikan semula oleh penyanyi Azira Shafinaz.

Bagaimanapun pengurus Caprice yang dikenali sebagai Aiman ketika dihubungi mStar tidak dapat mengesahkan tentang berita berkenaan.

“Saya pun dapat info agak lambat, saya tak berani nak sahkan betul atau tidak.

“Tapi kalau dah ada orang kongsi gambar kahwin dia, maksudnya betul la tu,” katanya kepada mStar.

Ditanya tentang identiti wanita berkenaan, Aiman bagaimana enggan berkongsi nama mahupun maklumat terperinci.

“Saya kenal pasangan Caprice tu, dia baik orangnya.

“Apa yang saya tahu Caprice berkenalan dengan wanita itu dah hampir setahun.

“Azira adalah kenalan rapat Caprice, maksudnya betul la (berkahwin) kalau dia respost,” katanya.

Leave a Reply