Blog Berita Online

Berita Utama

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

KUALA LUMPUR: Masyarakat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Aidilfitri, esok.

Perkara itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi, selepas aktiviti cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 2 Mei 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi disiarkan di saluran televisyen tempatan, sebentar tadi.

‘Kaedah baharu pencerapan bezakan 1 Syawal antara negara’

Cerapan anak bulan dikendalikan Jawatankuasa Melihat Anak Bulan/Rukyah Negeri yang dipengerusikan mufti negeri dan ahlinya, merangkumi pakar falak, alim ulama, pegawai falak berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Maklumat rukyah yang digunakan adalah data rasmi untuk Malaysia, terbitan JUPEM.

Leave a Reply