Blog Berita Online

Berita Utama

Umat Islam di Yogyakarta sambut Aidiltri hari ini

Pada saat umat Islam di seluruh dunia menghitung hari untuk menyambut Aidilfitri yang dijangka jatuh 10 April 2024, nampaknya sudah ada sebahagian yang merayakan Lebaran hari ini.

Mereka adalah sebahagian jemaah Islam Masjid Aolia di Padukuhan Panggang III, Kaluhuran Giricahyo, Panggang, Gunungkidul, Yogyakarta, Indonesia.

Mengikut menyambut Aidilfitri hari ini sekaligus selesai melakukan solat hari raya mengikuti perintah Imam Masjid Aolia, KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo, 82, atau akrab disebut Mbah Benu.

“Hari ini semua (jemaah Aolia) sudah solat Aidilfitri. Tapi tidak hanya di sini tapi di mana-mana, terutama masjid-masjid Aolia,” kata Mbah Benu seperti dilaporkan Harian Jogja.

Menurut Mbah Benu, bukan hanya pengikutnya di Jogja sahaja yang merayakan Aidilfitri hari ini atau lebih awal sepeti yang sepatutnya tetapi juga mendakwa punya pengikut di seluruh dunia yang ikut menyambut hari raya.

Dia mendakwa jemaah atau pengikut Aolia juga ada di Malaysia dan India.

Terdahulu pengikut ajaran sama sudah menyambut Ramadan pada 7 Mac dan melakukan solat terawih pertama pada malam 6 Mac 2024 di Masjid Aolia.

Leave a Reply