Kunjungan seorang pesara guru ke rumah anaknya di Pulau Pinang berakhir dengan tragedi pilu apabila dia maut dalam kemalangan ketika pulang dari solat Subuh, pagi tadi.
Mangsa, Ustaz Murad Khusni, 68, maut di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, kejadian dipercayai berlaku selepas motosikal dari arah Kepala Batas menuju ke Butterworth melanggar basikal ditunggangi Ustaz Murad yang sedang menyeberangi jalan ke Taman Telok Molek.
Katanya, akibat pelanggaran itu, kedua-kedua mangsa tercampak di atas jalan dan Ustaz Murad kemudiannya dilanggar oleh sebuah kereta yang tidak sempat mengelak dan diseret sejauh 10 meter.
“Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta pula melarikan diri sejurus kejadian,” katanya.
Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan
Leave a Reply