Hiburan

Vaksin: Suhaimi doakan mufti dan ulama dibuka hati lihat kebenaran yang sebenar

Ingat lagi tak dengan bekas penyanyi kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi Saad? Jika sebelum ini namanya pernah terpalit dengan kontroversi kononnya beliau menyediakan khidmat urutan beserta ‘layanan istimewa’, kali ini sekali lagi namanya menjadi sebutan netizen apabila dia membuat pandangan sendiri mengenai vaksin.

Terbaru ini, beliau katanya nekad menolak vaksin Covid-19 meskipun Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Bakri menyarankan umat Islam untuk mengambil vaksin.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh beliau di dalam sesawang media sosial miliknya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Suhaimi berkata dia tidak mengecam ulama atau pun mufti, namun apa sahaja hujah mengenai vaksin ia tidak dapat mengubah keputusannya.

“Aku tak kecam ulama atau mufti, tak juga berniat menghasut sesiapa. Apa pun hujah orang, itu tidak akan semudah-mudahnya mengubah pendirian aku.

“Ini sebab aku pun ambil dalil dari al-Quran. Dalam al-Quran, Allah kata kalau kau ikut cara hidup kebanyakan manusia atas muka bumi ni, nescaya kau akan disesatkan dari jalan Allah,” katanya.

Dalam masa yang sama, Suhaimi juga turut menyatakan dia nekad dan lebih lebih rela mati daripada membiarkan agamanya dihina dan diperbodohkan oleh musuh Islam.

“Aku rela mati berbanding membiarkan agama Allah dihina dan diperbodoh-bodohkan oleh musuh Islam.

“Dan aku minta pada Allah agar Allah buka seluruh hati manusia khususnya para mufti dan ulama untuk melihat kebenaran dengan mata pandang Allah,” katanya.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!