Berita Utama

Wakil rakyat India minum air kencing lembu untuk elak jangkitan Covid-19

SEORANG wakil rakyat India, Surendra Singh mempercayai bahawa air kencing lembu dapat mengelak daripada jangkitan Covid-19.

Ahli politik Bharatiya Janata Party MLA dari wilayah Uttar Pradesh itu memuat naik video beliau sendiri meminum gaumutra atau air kencing lembu.

Beliau mendakwa ia merupakan rahsia kepada kesihatan yang sempurna.

Beliau turut memberitahu, dua hingga tiga sukatan air kencing perlu dicampurkan bersama segelas air.

Surendra menasihati mereka meminum air air kencing itu ketika perut kosong.

“Jangan makan apa-apa selama setengah jam, bagi membolehkan keberkesanan air kencing itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan supaya mnendapatkan air kencing lembu jenama Patanjali sekiranya mereka tidak dapat sumber mana-mana air kencing lembu untuk mereka sendiri.

Selain itu, Surendra turut mencadangkan pengambilan serbuk kunyit yang dibakar untuk gaya hidup sihat.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!