Viral

Wanita teman suami kahwin lain, siap jadi mak andam lagi

Tular satu kisah di media sosial mengenai seorang isteri yang mengizinkan suaminya berkahwin dengan seorang lagi wanita, semalam.

Menerusi laman Facebook, Syiela Rashid memuat naik beberapa posting di sekitar majlis pernikahan suaminya Khubaib Ramli dengan wanita pilihan hati.

Menurut jurusolek berasal dari Alor Setar itu, dia berdoa agar urusan perkahwinan suaminya berjalan lancar dan diberi kekuatan bagi menempuhi perkara tersebut.

Lebih menarik perhatian apabila dia turut membantu persiapan majlis pernikahan serta persandingan selain tampil sedondon bersama pasangan pengantin.

“Thanks kanda for being such a wonderful imam for me. Thans for your kindness. Dinda doakan semoga kanda sentiasa sihat dan dirahmati Allah,” katanya.

Semua posting yang dikongsi telah dihujani komen warganet yang rata-rata menyifatkan Syiela seorang wanita yang kuat dan tabah serta mendoakan agar dia turut mengecapi kebahagiaan.

“Kini tiba masanya Allah telah menghantar seorang lagi insan untuk kanda bimbing. Insan ini juga sepertiku dulu…

“…mengharapkan bertemu seseorang yang sudi membimbingnya ke jalan yang diredhaiNya,” ujar Syiela ketika majlis pertunangan suaminya pada 15 Mac lalu.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!