Berita Utama

Giliran Presiden Umno pula tampil mempertahankan peniaga burger

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau kasihan dengan nasib seorang pengusaha burger yang videonya sedang yular di Facebook sejak semalam.

“Saya kasihan dengan nasib pengasas Hot Burger.

“Mustahil dia buat fitnah. Kepentingan dia cuma mahu penguatkuasa dijalankan secara berkesan”, jelas Zahid dalam laman Facebooknya.

Katanya lagi, “aktiviti judi haram berleluasa. Yang menjadi mangsa mereka yang berpendapatan rendah tetapi mahu cepat kaya. Akhirnya mereka merana”.

“Secara peribadi saya menyokong tindakan penutupan premis judi disegerakan” katanya.

Sejak kelmarin, tular di media sosial, video seorang pengusaha burger yang mendakwa peniaga asing dan pengusaha kedai judi online bebas beroperasi sedangkan gerai pengusaha burger sepertinya, dikenakan tindakan sita dan sebagainya.

Dalam video berkenaan, beliau turut menunjukkan beberapa lokasi gerai peniaga asing serta premis yang didakwa sebagai kedai judi online ini dan bagaimana tiada tindakan dikenakan ke atas mereka.

Maklumat dalam video tidak tepat

Semalam, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar memberitahu dalam sidang media, video yang tular di media sosial itu boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej PDRM dalam menangani kegiatan perjudian di Sungai Buloh.

“Maklumat yang diberikan dalam video tersebut juga tidak tepat,” katanya.

Shafa’aton berkata, pihaknya telah membuat enam serbuan di tempat berasingan di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh, semalam.

“Kita menahan dua lelaki warga Bangladesh dan merampas lima tablet, satu modem dan wang tunai RM114 dalam serbuan itu,” katanya.

Beliau berkata, manakala lima serbuan di tempat berlainan pula mendapati premis yang dinyatakan dalam keadaan berkunci.

“Kita terpaksa menggunakan pemotong besi untuk membuat pintu premis dan hasil pemeriksaan mendapati premis itu tidak beroperasi,” katanya.

Serbuan ke atas premis judi yang telah dikosongkan

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!