Berita Utama

Ibu Siti Nur Surya meninggal dunia akibat kanser otak

Ibu kepada mangsa bunuh, Siti Nur Surya Ismail meninggal dunia akibat kanser otak, petang semalam.

Zaini Musa, 56, yang menderita penyakit itu sejak tiga tahun lalu menghembuskan nafas terkahir di rumah keluarganya di Kampung Beladau Kepong, Kuala Terengganu.

Dalam kejadian yang menyayat hati pada 1 November lalu, Siti Nur Surya, 19, dibunuh dengan kejam oleh rakannya sendiri dipercayai kerana dendam.

Malah, pergelangan tangan kiri mangsa turut dikelar sehingga putus oleh suspek.

Apa yang memilukan, kejadian itu disaksikan sendiri oleh ibunya ketika ahli keluarganya yang lain tiada di rumah.

Penyakit dihidapi wanita itu, menyebabkan beliau tidak mampu bercakap seperti biasa dan tidak faham dengan apa yang berlaku.

Mayat Siti Nur Surya Ismail kemudiannya ditemui tertiarap di ruang tamu rumah oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.

Suspek yang juga rakan sekolah mangsa didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!