Umum mengetahui, pagi tadi balu arwah Abam Bocey iaitu Nor Hidayah menang kes saman fitnah dan Ali Puteh diperintah untuk membayar RM60,000.
Bagaimanapun, Hidayah terpaksa kembali ke mahkamah lagi apabila Ali Puteh bercadang untuk memfailkan rayuan keputusan mahkamah itu.
Menurut Ali, dia mahu berbuat demikian apabila mendapati wujud fakta tidak betul sepanjang perbicaraan berlangsung sejak dua tahun lalu.
“Alhamdulillah selesai di Mahkamah Sesyen. Saya akur dengan keputusan, tapi saya akan buat rayuan di Mahkamah Tinggi.
“Ada beberapa fakta yang tak betul namun saya tak boleh beritahu kerana ia akan ganggu proses di Mahkamah Tinggi nanti. Saya diberi masa selama 14 hari untuk buat rayuan,” katanya,” katanya.
Ditanya mengenai keyakinannya untuk mencabar keputusan itu di peringkat lebih tinggi, Ali Puteh berkata dia sekadar mahu menggunakan saluran perundangan yang ada, malah dia akur dengan keputusan mahkamah hari ini.
“Saya ada ruang untuk merayu sebab ada beberapa fakta yang tak betul. Jadi saya akan kongsikan di Mahkamah Tinggi nanti.
“Apa pun keputusan hari ini saya okey saja, saya akur. Saya tak marah atau nak mengamuk… saya hormati keputusan mahkamah,” katanya.
Dalam pada itu, Ali berkata dia sudah menjangkakan serta bersedia dengan kecaman netizen selepas kalah dalam kes saman fitnah itu.
“Saya dah bersedia… menang pun kita kena (kecam), kalah pun kita kena. Jadi saya tiada masalah dengan netizen.
“Sebab kita tahu apa yang berlaku. Kalau saya share di media sosial, ia akan jadi masalah di Mahkmah Tinggi nanti,” katanya.
Leave a Reply