Info

Cop parking di mana-mana premis boleh dipenjara dan denda

PERNAH tak anda mengalami situasi dimana kotak parking kosong, namun ada objek diletakkan antaranya kon, kerusi atau macam-macam lagi untuk menjaga parking tersebut.

Kebiasaannya ia selalu terjadi di kawasan perumahan awam seperti rumah pangsa, apartmen atau di hadapan kedai.

Lihat sahaja situasi sekarang, satu rumah tapi mempunyai dua hingga tiga buah kenderaan sekaligus membuatkan tempat parkir semakin terhad.

Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa tindakan cop parking adalah satu kesalahan jenayah dan pelaku boleh dikenakan denda dan hukuman penjara sehingga satu tahun.

Perkara itu dikongsikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia menerusi Facebook rasmi mereka baru-baru ini.

Perbuatan cop (letak kerusi/moto/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Untuk aduan, hantar mesej dengan butiran melalui:

1. Emel ke aduantrafik@jpj.gov.my 
2. http://www.wasap.my/60134498997/AduanJPJ

Anda perlu sertakan butir pengadu (+no kp), lokasi, tarikh dan masa, no plat kenderaan, butiran kejadian.

Buat mereka yang suka sangat cop parking tu, pastikan anda bersedia ‘cop penjara’ untuk diri anda juga.

Loading...

Leave a Reply