Berita Utama

Malaysia antara 5 negara terbaik kawal Covid-19

MALAYSIA diiktiraf sebagai antara lima negara tebaik di dunia dalam mengawal pandemik Covid-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan salah satu negara contoh, iaitu penerimaan rakyat terhadap tindakan kerajaan dalam mengekang wabak berkenaan, yang mendapat pengiktirafan dunia dalam satu tinjauan global.

“Penerimaan rakyat terhadap tindakan kerajaan telah mendapat pengiktirafan dalam satu tinjauan global.

“Malaysia berada dalam kedudukan antara lima negara terbaik dunia dengan ‘public approval’ atau penerimaan rakyat yang tertinggi,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Loading...

Leave a Reply