Blog Berita Online

Berita Utama

Suri rumah maut dalam perjalanan ziarah ibu

HULU TERENGGANU: Seorang surirumah maut ketika dalam perjalanan menziarahi ibunya di Kilometer 380.5, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) arah Ajil-Bukit Besi, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa, Nurshahyda Mohd. Zaki, 29, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Suaminya, Ahmad Rakeymi Hafey Roslam, 29, yang memandu pacuan empat roda jenis Ford Ranger di samping bayi mereka yang berusia lima bulan, Nur Ammara Safiyya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, tiga sekeluarga yang dari arah Setiu itu dikatakan bertolak ke Dungun untuk melawat ibu mangsa pada pukul 8.30 pagi.

Bagaimanapun, katanya, setibanya di lokasi kejadian kereta dinaiki mereka tiba-tiba dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dipandu pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun berusia 19 tahun.

“Didapati kenderaan pelajar yang dari arah Kuala Terengganu ke Bukit Besi itu hilang kawalan ketika memotong kereta mangsa sebelum merempuhnya.

“Pelajar itu bagaimanapun tidak mengalami seberang kecederaan manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Leave a Reply