BEKAS juara interim lightweight UFC Dustin Poirier mengejutkan peminat apabila menundukkan bintang MMA dari Ireland, Conor McGregor pada aksi UFC 257, hari ini.
Pertarungan yang berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu menyaksikan Poirier, 32, menumpaskan McGregor menerusi TKO (technical knockout) pada minit 2:32 pusingan kedua.
Tumbukan dari Poirier pada pusingan tersebut, berjaya merebahkan McGregor ke lantai Octagon.
Tanpa membuang masa, petarung Amerika Syarikat itu menerpa ke arah McGregor untuk melepaskan beberapa lagi tumbukan.
Namun pengadil Herb Dean mencelah untuk menghentikan perlawanan, sekali gus mengisytiharkan Poirier sebagai pemenang.
Conor destroyed! #UFC257 pic.twitter.com/6UTwQeHzdx
— Haider Yutim (@hyder_yutim) January 24, 2021
Ini merupakan kali kedua McGregor dan Poirier bertemu.
Kali pertama mereka bertembung ialah pada acara UFC 178, iaitu pada September 2014 di mana McGregor telah menewaskan Poirier menerusi TKO pada pusingan pertama.
Dengan keputusan terbaharu ini, Poirier kini memegang rekod profesional MMA sebanyak 27 kemenangan dan enam kekalahan (27-6).
Manakala, McGregor pula memegang rekod sebanyak 22 kemenangan dengan lima kekalahan (22-5).
Leave a Reply