Blog Berita Online

Viral

Meninggal ketika dalam jagaan Rumah Bonda, netizen mahu kematian Baby Adam juga disiasat

Beberapa hari yang lepas, negara dikejutkan dengan berita mengenai seorang remaja Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali dengan nama Bella dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.

Susulan pendedahan tersebut, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Fdaus Ahmad telah berkongsi satu kejadian melibatkan kematian seorang bayi Sindrom Down bernama Adam yang berlaku pada tahun lepas di pusat kebajikan yang sama.

Pada masa itu, pusat kebajikan itu memaklumkan kes Adam diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun selepas tularnya kisah tragis Bella, Fdaus tidak menolak kemungkinan bahawa pemergian Adam berlaku atas faktor pengabaian.

Malah, perubahan fizikal Adam yang susut dengan ketara telah menimbulkan pelbagai persoalan.

Ikuti perkongsian Fdaus Ahmad di bawah:

Kematian Bayi Dari Rumah Yang Sedang Viral, 3 Mei 2020

Sebenarnya, pada Mei 2020 masa orang tengah kalut dengan PKP berlaku satu kematian tragis melibatkan bayi jagaan Rumah Yang Sedang Viral (RYSV)

Kematian sorang bayi berumur 10 bulan bernama Adam.

Adam seorang bayi SD. Adam ni perlukan penjagaan rapi dan teliti sebab dia ni special, susu kena bagi minum on time elok elok.

Dan bila kita bercakap pasal Rumah Yang Sedang Viral ni, siapa lagi yang sepatutnya kita rujuk untuk dapatkan keterangan?

Rumah Yang Sedang Viral mengatakan kematian Adam adalah tiba tiba, kalau tiba tiba maka kita perlu dapatkan laporan post mortem hospital.

Dengan timbul isu Bella, kematian tragis Adam tahun lepas muncul semula menjadi teka teki. Adam yang gemuk, tiba tiba jadi kurus dan sakit.

Penderaan Bella, boleh menimbulkan syak kepada kita – bahawa kematian Adam berpotensi terjadi akibat PENGABAIAN!

Sudah ada kematian tetapi kita yang tak tahu apa telah terjadi. Sebab masa tu tiada siapa memberi syak wasangka.

Tapi sekarang, lepas Bella memberitahu kita yang penjagaan Rumah Yang Sedang Viral ni ada unsur penderaan, maka ada asas dan lokus standi yang kukuh – untuk kita semua mempersoalkan kematian baby Adam!

Kami minta, pihak polis bertindak segera dan menyiasat perkara ini sehabisnya, jangan bersisa.

Dapatkan semula laporan post mortem arwah Adam, siasat!

Baby Adam ketika normal

Baby Adam beberapa hari sebelum kematian

Jenazah Adam dikafan

Jenazah Adam dikebumi

Leave a Reply